Sejarah

             Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok terletak 7 Kilometer dari Pekan Benut. Sekolah ini sejajar dengan SMK Arab Bugisiah, Sekolah Agama Tampok dan juga tidak jauh dari Pekan Tampok.
Mengikut sejarah penubuhannya, sekolah ini telah mula beroperasi pada 31.03.1953 di atas daya usaha YB Dato Hj. Jalok bin Daing Malibuk. Beliau merupakan ketua kampung di kawasan ini pada ketika itu. Pembinaan bangunan sekolah merupakan usaha beliau dan turut di bantu oleh seorang hartawan tempatan iaitu Tn. Hj. Mustafa bin Daing Mabilla. Pada awal pengoperasiannya, sekolah ini menumpang di sebuah bangunan kedai dan kemudiannya berpindah ke sekolah arab di sini. Pada masa itu muridnya hanya berjumlah 50-70 orang sahaja.
Pada 19.01.1954, hasil gotong-royong masyarakat setempat dan bantuan kerajaan sebanyak RM1,600, maka terbinalah bangunan kayu seluas 90' x 24' di atas tanah Tuan Hj. Mustafa bin Daing Mabilla. Bangunan tersebut kemudiannya telah dibina semula untuk penambahbaikan oleh kerajaan. Bangunan tersebut telah digunakan sehingga bulan Oktober 1969 dengan bilangan murid seramai 90-185 orang. Mulai tahun 1969, pentadbiran sekolah telah dipindahkan daripada dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Batu Pahat ke Jabatan Pelajaran Johor Bahru.
Pada awal Oktober 1969 sesi persekolah telah dipindahkan ke bangunan kerajaan yang masih ada sekarang. Pembinaan bangunan tersebut telah menelan kos sebanyak RM48,700. Jumlah murid pada masa tersebut adalah seramai 190 orang dan terus meningkat kepada 239 orang pada tahun 1975.
Seterusnya, pada awal 1987 satu bangunan baru telah dibina di atas kerjasama masyarakat setempat dan peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor.  Dengan peruntukan dan bantuan masyarakat setempat, maka terbinalah bangunan baru sekolah di  atas usaha gotong-royong.
Kemudiannya pada 12 Ogos 1997 satu bangunan baru tiga tingkat telah didirikan dan telah mula digunakan pada Januari 1999. Bangunan baru yang serba lengkap ini mengandungi 6 bilik darjah, Makmal  Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Makmal Komputer, Pusat Sumber, Perpustakaan dan Bilik SPBT. Sebagai tambahan kepada kemudahan sedia ada, pihak sekolah dengan usaha kakitangan telah melengkapkan sekolah dengan sebuah mini astaka untuk tujuan perhimpunan